Definisi

KOKURIKULUM

Perenggan 1.43 Peraturan Akademik UiTM Program Diploma dan Sarjana Muda (Pindaan 2015) mendefinisikan Kokurikulum ialah kursus Universiti yang dijalankan untuk memupuk Kemahiran Insaniah pelajar seperti yang telah ditetapkan oleh Universiti bagi memenuhi salah satu syarat penganugerahan Diploma atau Sarjana Muda.


Kursus-kursus kokurikulum UiTM adalah Kursus Universiti Berkredit telah diperkenalkan sejak tahun 1976 bertujuan menawarkan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah.

Seiring dengan Lonjakan 1 Pelan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (2015-2025), Kementerian menetapkan visi bagi membangunkan graduan yang seimbang dari segi akhlak dan ilmu dengan meningkatkan minda berpandukan nilai dan keusahawanan. Hal ini akan dilaksanakan menerusi kurikulum yang ditambah baik, kerjasama industri yang dikembangkan dan program pembelajaran melalui pengalaman, beserta kerangka penilaian bersepadu baharu yang melihat ke arah pembangunan holistik.

Pengenalan

KURSUS KOKURIKULUM


Kemahiran 

INSANIAH

Kemahiran Insaniah ialah kemahiran generik yang perlu dipupuk dalam diri pelajar iaitu:

  • Komunikasi (CS)
  • Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah (CTPS)
  • Kerja Berpasukan (TS)
  • Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat (LL)
  • Keusahawanan (KK)
  • Moral dan Etika Profesional (EM)
  • Kepemimpinan (LS)
Lapan (8) Teras Kokurikulum berkenaan adalah seperti berikut 

Teras Kesukarelawanan

Teras Kepemimpinan

Teras Daya Usaha dan Inovasi

Teras Kebudayaan dan Kesenian

Teras Khidmat Komuniti

Teras Keusahawanan

Teras Pengucapan Awam

Teras Sukan

8 Teras

KOKURIKULUM

UNIT KOKURIKULUM
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UiTM CAWANGAN PERLIS
Powered by Webnode
Create your website for free! This website was made with Webnode. Create your own for free today! Get started