SOALAN LAZIM

Perlukah saya mengambil/mendaftar kursus kokurikulum?

Perlu. Ianya adalah syarat wajib Universiti dan pelajar wajib lulus 3 kursus kokurikulum. Syarat ini adalah sebahagian daripada syarat yang membolehkan pelajar dianugerahkan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Bagaimana caranya untuk saya mendaftar kursus kokurikulum?

Pendaftaran boleh dibuat secara online sepertimana pendaftaran kursus-kursus lain. Bagi pelajar yang menghadapi masalah, sila rujuk ke Unit Kokurikulum.

Bila dan berapa lama tempoh kursus kokurikulum?

Setiap kursus hanyalah satu (1) jam kredit. Latihan mingguan adalah selama 2 jam setiap pertemuan untuk tempoh selama 14 minggu dalam satu semester. Ianya dilaksanakan pada hari Khamis atau Jumaat. Pastikan anda mendapat maklumat terkini mengenai hari dan waktu latihan berdasarkan kursus kokurikulum yang anda pilih di Unit Kokurikulum.

Bolehkah saya memohon pengecualian kredit kokurikulum?

Ya. Permohonan boleh dibuat di Unit Kokurikulum berdasarkan kelayakan kriteria.   

Bolehkah saya hadir ke latihan kokurikulum berlainan dari yang didaftarkan?

Tidak boleh. Anda tidak didaftarkan dalam kumpulan tersebut dan ini akan menjejaskan sistem penilaian dan pemarkahan. Anda sepatutnya hadir latihan mengikut kursus yang anda daftarkan.

Saya mempunyai masalah pendaftaran mata pelajaran (daftar, tambah dan gugur) secara online. Siapakah yang perlu saya hubungi?

Sila berurusan dengan Unit Kokurikulum segera.

Apakah implikasi sekiranya saya tidak melengkapkan tiga (3) kursus kokurikulum sepanjang pengajian?

Anda tidak akan dapat menamatkan pengajian (Diploma atau Sarjana Muda) kerana kursus kokurikulum adalah Kursus Universiti yang wajib lulus. 

Saya telah menamatkan ketiga-tiga kursus kokurikulum. Di manakah saya boleh mendapatkan Sijil Tamat Kokurikulum?

Sila berurusan dengan Unit Kokurikulum dengan membawa salinan keputusan peperiksaan yang berkaitan.

Apakah faedahnya yang dapat saya perolehi melalui latihan kokurikulum?

Kursus kokurikulum amat menekankan kemahiran insaniah (softskills). Pelajar didedahkan dengan kemahiran kepimpinan, kerjasama berpasukan, pemikiran kritis, berdaya saing, hargai ilmu, cintakan negara dan sebagainya. Dengan ini adalah diharapkan pelajar akan menjadi lebih cemerlang, yakin, berdaya saing dan berketrampilan.

UNIT KOKURIKULUM
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UiTM CAWANGAN PERLIS
Powered by Webnode
Create your website for free! This website was made with Webnode. Create your own for free today! Get started